top of page

Bekam

Kaedah Rawatan Bekam

Bekam merupakan kaedah rawatan tadirional yang telah diamalkan daripada zaman sebelum Nabi Muhammad SAW lagi. Ianya pernah menjadi rawatan utama didalam perubatan pada zaman dahulu. Kaedah ini juga berkesan kerana ianya mengeluarkan darah dan toksin berpenyakit daripada tubuh badan manusia. dan dan toksin ini terhasil daripada permakanan harian kita yang kita makan setiap hari.

Kaedah ini telah menjadi pilihan baginda Nabi Muhammad SAW pada zaman baginda untuk dijadikan sebagai kaedah rawatan utama pada ketika itu dan terus diamalkan pada zaman sekarang.

Bekam sudah wujud sejak zaman purba Greek ribuan tahun dahulu dan pada zaman Nabi Muhammad SAW para pengamal menggunakan tanduk kerbau atau sapi, tulang unta dan gading gajah.

Orang-orang di Eropah pula dikhabarkan menggunakan lintah sebagai alat berbekam. Pada satu masa, 40 juta lintah diimport ke negara Perancis untuk tujuan itu. Lintah-lintah itu dilaparkan tanpa diberi makan. Jadi bila ditempelkan pada tubuh manusia yang sakit, dia akan terus menghisap darah tadi dengan efektif. Setelah kenyang, lintah tersebut tidak berupaya lagi untuk bergerak, lantas jatuh dan mengakhiri penghisapannya.

JENIS-JENIS BEKAM

 

BEKAM KERING

Bekam kering juga disebut sebagai bekam angin, metod bekam ini adalah menyedut permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah dari dalamnya. Bekam ini biasa digunakan untuk mengatasi rasa nyeri yang disebabkan oleh reumatik dan rasa nyeri yang terjadi di punggung. Bekam jenis ini akan meninggalkan bekas bekam berupa lebam warna merah kehitam-hitaman pada tempat yang dibekam dan akan hilang beberapa hari kemudian.

 

BEKAM BASAH

Bekam basah adalah sebuah metod bekam yang dilakukan dengan melakukan bekam kering dulu kemudian permukaan kulit yang dibekam dilukai dengan jarum yang disterilkan, kemudian disedut dengan menggunakan alat cupping set dan hand pump untuk mengeluarkan darah kotor melalui luka yang dibuat dengan jarum tadi. Biasanya dilakukan selama 3 hingga 5 minit dan tidak boleh lebih dari 9 minit. Penyedutan darah dapat dilakukan sebanyak maksima 7 kali dan tidak boleh lebih. Biasanya pada bahagian yang disedut akan mengeluarkan darah berwarna merah kehitaman dan berbuih.

Selepas berbekam, pada 3 jam yang pertama tidak boleh terkena air dan bekam cara ini juga tidak boleh kerap dilakukan dan diunjurkan jarak waktu selama 3 minggu sekali.


BEKAM API

Kadang disebut sebagai Fire Cupping, seperti namanya bekam ini menggunakan medium api sebagai bahan untk membuat ruangan hampa pada alat penyedut. Bekam ini dilakukan dengan gelas yang direkabentuk khusus untuk membuat ruang hampagas pada kawasan bekam. Udara di dalam gelas dibakar dengan menggunakan kertas atau kapas terbakar dan kemudian gelas akan ditempelkan ke permukaan kulit.

FAEDAH BERBEKAM

  • Membantu menghilangkan pening dan migrain.

  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.

  • Membantu memecahkan lemak.

  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

  • Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.

  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.

 

Kesemua faedah yang dinyatakan di atas adalah bergantung kepada individu. Ada yang mengalami salah satu atau pun sebahagian darinya. Rawatan hendaklah dibuat beberapa kali sehingga menampakkan hasil.

Schedule online. It's easy, fast and secure.

bottom of page