top of page

Urutan

Urutan

Sejak lama dulu perkataaan urut memang telah lama kita dengar dan begitu sinonim dengan orang bersalin, tersalah urat dan terseliuh. Hanya makcik dan pakcik di kampung yang praktikkan teknik urutan ini. Kini, urut sering dikaitkan pula dengan spa di mana untuk kita releks dan memanjakan tubuh.

 

Definisi urutan atau terapi urutan adalah satu tindakan untuk merawat tubuh badan dengan mengusap, menggosok atau seumpamanya dengannya, untuk merangsang pengaliran atau meredakan tekanan.

 

Terapi urutan dapat memanipulasi tisu-tisu lembut pada tubuh untuk meredakan ketegangan otot dan kesakitan dengan meningkatkan pengaliran dan flexibiliti.

Apabila diamalkan secara betul, urutan dapat mempercepatkan proses penyembuhan otot yang cedera iaitu dengan meningkatkan bekalan oksigen kepada otot yang rosak itu.

Urut adalah rawatan secara tradisional di timur yang kini diterima di negara barat. Urutan juga merupakan satu daripada perubatan cara Islam. Ia amat baik bagi merawat apa juga penyakit, baik yang baru atau sudah lama dihidapi, baik yang ringan atau yang kronik. Urut sudah diketahui sejak berzaman sebagai satu alternatif dalam dunia perubatan. Selain mengatasi masalah terseliuh serta membetulkan perjalanan darah, urut dikaitkan dengan rawatan mengembalikan kesihatan dan tenaga seksual lelaki.

Urutan juga boleh melancarkan perjalanan darah yang terletak di urat, kerana apabila urat sudah berkerja kuat maka otot akan berkembang dan saluran darah juga akan terhimpin, jadi dengan melakukan urutan akan mengecilkan otot yang menindih saluran darah untuk menjadikan darah berjalan lancar.

Kini kaedah urutan ini telah diguna secara meluas terutamanya dalam hospital dimana kita boleh lihat dalam kaedah fisioterapi dan sport  sains ianya sama dengan kaedah urutan tradisional cuma ianya dimodenkan melalui nasihat kedoktoran.

Schedule online. It's easy, fast and secure.

bottom of page