top of page

Reflexology

Kaedah Reflexology

Urut tradisional reflexology adalah ketidakselesaan pada telapak dan tulang kaki boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, bahu, tengkuk dan sembelit kerana kesihatan kaki memberi kesan besar terhadap organ dalaman individu.Rawatan refleksologi kaki membantu individu mencapai tahap kesihatan yang lebih berkualiti kerana ia disifatkan sebagai terapi alternatif dengan mengaplikasi urutan pada titik tertentu di tapak kaki. Jadi urut tradisional reflexology dapat membantu anda.

Urut Tradisonal Refleksologi juga dikatakan sebagai rawatan yang berguna untuk kesihatan badan kerana kajian membuktikan refleksologi membantu mengurangkan tekanan dan mempengaruhi sistem saraf utama supaya kembali kepada kadar yang optimum.

Ilmu refleksologi; iaitu mengurut titik refleksi yang terdapat di sekitar tapak kaki pesakit. Cara pengubatan ini berasal dari China dan telah diamalkan beribu tahun lamanya sebelum berkembang ke seluruh dunia. Antara keistimewaan pengubatan secara urut refleksi ni adalah ia selamat dan mudah cuma rasa sakit sedikit semasa diurut. Rasa sakit merupakan penunjuk kepada masalah kesihatan tubuh badan anda.

Kaki adalah anggota yang sangat kompleks merangkumi 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Kecederaan tulang, sendi dan ligamen mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh seseorang antaranya rasa lenguh lutut, tegang pada bahagian bahu dan masalah buang air besar. Secara semula jadi, tulang tapak kaki manusia agak melengkung. Ia bagi memberikan kekuatan yang lebih untuk menyokong berat badan dan pergerakan. Bagaimanapun, kedudukan tulang tapak kaki boleh berubah jika ia menerima tekanan terus menerus dan tidak diberikan perhatian sewajarnya.

Maksud Titik Refleksi adalah ‘titik pusat urat saraf’. Setiap titik ada kaitan dengan organ tubuh tertentu, jadi dengan mengurut bahagian refleksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit. Setiap titik urutan pada tapak kaki mampu melancarkan pengaliran darah sekali gus memelihara anggota tubuh yang lain misalnya urutan pada tengah tapak kaki berkesan untuk merangsang tindak balas terhadap kawasan refleks adrenal dalam tubuh selain membantu melancarkan sistem penghadaman. 

Lengkungan tulang tapak kaki setiap orang tidak sama. Secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada tiga iaitu lengkungan normal, tinggi atau rendah. Kajian mendapati individu yang memiliki lengkungan tulang tapak kaki normal lebih beruntung kerana tekanan berat badan dapat diagihkan sama rata pada keseluruhan tapak kaki sekali gus kedudukan pergerakan mereka lebih stabil.


Urutan Reflexology kaki adalah teknik yang menggunakan jari-jari tangan, kalau dulu menggunakan tongkat kecil/kayu yang berguna merangsang saraf-saraf organ pada bahagian telapak kaki yang berguna untuk merangsang organ-organ yang ada agar tubuh menjadi sihat.

Selain itu juga urutan tradisional reflexology dapat mengeluarkan toksin-toksin yang ada pada organ di dalam tubuh kerana pada dasarnya biasanya kita makan makanan yang tidak sihat, fikiran stres kerana penyakit itu terdiri dari makanan dan faktor lingkungan terutama pekerja berat.

Dengan Reflexology, saraf saraf organ itu akan menjadi rilexs, dan tubuh akan menjadi segar kembali dengan rangsangan itu sendiri, saraf-saraf kaki di rangsang agar menjadi rilexs, dan toksin-toksin didalam tubuh dibuang melalui urine dan fasis.

Urutan Tradisional Reflexology baik di lakukan paling cepat 1 minggu sekali, paling lambat 2 minggu sekaliagar tubuh tetap terjaga kesihatanya terutama bagi orang-orang yang sibuk sekarang ini akibat stres di  tempat kerja, di jalan dan banyak faktor-faktor lain pressure di dalam tubuh selain berolahraga secara teratur, Urutan Tradisional Reflexology sangat membantu dan menjaga kesihatan.

Urutan tradisional refleksologi kaki ini sesuai kepada semua peringkat umur selain memberi kesegaran berpanjangan, rawatan berkenaan juga membantu meningkatkan daya ketahanan diri dan menambah keselesaan ketika bergerak. Setiap tekanan pada kedua-dua belah tapak kaki akan dilakukan berulang iaitu tiga hingga lima kali. Tekanan pada 30 titik urutan ini mewakili pelbagai organ dalam badan antaranya hati, pundi kencing, jantung, lutut, siku, tulang belakang, dubur dan kerongkong.

Urutan ini juga sesuai bagi warga tua yang mengalami sakit sendi dan sengal tulang kerana ia mengembalikan semula kedudukan lengkungan tulang pada tapak kaki yang tidak sejajar selain sesuai kepada wanita yang gemarkan aktiviti lasak. Kebiasaannya masalah kaki tidak dapat dikesan dalam tempoh singkat dan kesakitan mula dirasai apabila usia mencecah 30 tahun. Kesakitan kaki mempengaruhi fungsi asas kaki selain membataskan pergerakan.

Langkah pencegahan perlu dengan memastikan otot, tulang, sendi dan ligamen sentiasa terpelihara. Wanita tidak boleh mengabaikan penjagaan kaki kerana ia sama penting dengan anggota badan yang lain seperti wajah, rambut dan kuku. Urutan refleksologi kaki ini dilakukan kurang daripada satu jam. Bagi individu yang mengalami masalah bisa pada bahagian tapak kaki disaran melakukan rawatan ini untuk memperoleh kelegaan. Individu digalakkan minum banyak air masak selepas sesi urutan agar toksin lebih mudah dibuang dari badan. Urutan tradisional Reflexology penting untuk mengekalkan kesihatan anda.

Kelebihan rawatan
 

  • Melancarkan pengaliran darah

  • Meningkatkan daya tahan individu

  • Mengurangkan risiko tulang reput

  • Menyeimbangkan kedudukan badan

  • Melancarkan pergerakan

  • Menguatkan otot kaki

  • Mengurangkan risiko kencing tidak lawas

  • Menguatkan tulang dan pinggul

  • Mengurangkan risiko sakit sendi

  • Mengurangkan rasa letih

  • Mengelak risiko sembelit

  • Mengurangkan masalah usus

  • Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan.       

 

Pentingnya Perjalanan Darah yang Lancar

Untuk membolehkan badan kita berfungsi secara normal, setiap organ memerlukan darah kerana darahlah yang membawa zat makanan yang diperlukan oleh badan seperti oksigen, hormon, antibodi serta membawa keluar bahan buangan kotor(toksin) dalam badan. Lancarnya perjalanan darah maka makin sihatlah badan kita. Jika salah satu organ badan sakit, maka ia memerlukan perjalanan darah yang lancar untuk membantu menyembuhkan penyakit itu.

Tanda-tanda sakit semasa diurut.

Seperti yang disebutkan tadi, jika perjalanan darah tidak lancar, organ tubuh akan terhalang dari mendapat zat makanan, manakala bahan buangan yang patut dikeluarkan tertahan-tahan maka kotoran/toksin tu mendap dalam saluran darah. Maka fungsi bahagian badan anda akan terganggu sebab tak cukup darah dan zat makanan, lalu timbullah penyakit. Biasanya pakar urutan ini dapat meneka penyakit yang dialami kerana titik refleksi yang sakit akan rasa macam berpasir, maksudnya ada mendapan toksin dalam saluran darah. Jika rasa sakit semasa diurut, itu tandanya bahagian badan berkenaan ada penyakit. Jadi itulah perlunya ia diurut untuk melancarkan perjalanan darah supaya darah terus membawa zat makanan manakala mendapan toksin dapat dikeluarkan.

 

Schedule online. It's easy, fast and secure.

bottom of page